
Keikhlasan Dan Menghadhirkan Niat Dalam Segala Perbuatan, Ucapan Dan Keadaan Yang Nyata Dan Yang Samar Allah Ta’ala berfirman:
وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلاة، ويؤتوا الزكاة، وذلك
دين القيمة
“Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah  Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuk-Nya semata-mata,  berdiri turus dan menegakkan shalat serta menunaikan zakat dan yang  sedemikian itulah agama yang benar.” (al-Bayyinah: 5)
Allah Ta’ala berfirman pula:
لن ينال الله لحومها ولا دماؤها ولكن يناله التقوى منكم
“Samasekali tidak akan sampai kepada Allah daging-daging dan darah-darah  binatang kurban itu, tetapi akan sampailah padaNya ketaqwaan dan engkau  sekalian.” 1 (al-Haj: 37)
Allah Ta’ala berfirman pula:
قل إن تخفوا ما في صدوركم أو تبدوه يعلمه الله
“Katakanlah – wahai Muhammad 2,sekalipun engkau semua sembunyikan  apa-apa yang ada di dalam hatimu ataupun engkau sekalian tampakkan,  pasti diketahui juga oleh Allah.” (ali-lmran: 29)
1- وعن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب بن نفيل بن عبد العزى بن رياح بن قرط بن
رزاح بن عدى بن لؤى ابن غالب القرشى العدوى. رضي الله عنه، قال: سمعت رسول الله صلى
الله عليه وسلم يقول: ” إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرىء ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله
ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها، أو امرأة ينكحها فهجرته إلى
1 Orang-orang di zaman Jahiliyah dulu jika menginginkan atau  mengharapkan keridhaan Tuhan, mereka sembelihlah unta sebagai kurban,  lalu darah unta itu disapukan pada dinding Baitullah atau Ka’bah. Kaum  Muslimin hendak meniru perbualan mereka itu, lalu turunlah ayat  sebagaimana di atas.
2 Semua uraian yang tertera antara -…. – adalah tambahan terjemahan dari kami sendiri untuk memudahkan
pengertiannya dan gampang memahamkannya. Harap Maklum
Riyadhus Shalihin – Taman Orang-orang Shalih
8
ما هاجر إليه” ((متفق على صحته. رواه إماما المحدثين: أبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم
القشيرى النيسابورى رضي الله عنهما في صحيحهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة)).
1. Dari Amirul mu’minin Abu Hafs yaitu Umar bin Al-khaththab bin Nufail bin Abdul ‘Uzza
bin Riah bin Abdullah bin Qurth bin Razah bin ‘Adi bin Ka’ab bin Luai bin Ghalib al-Qurasyi
al-’Adawi r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda 3:
“Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan  hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka  barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya  itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya itu  untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang  wanita yang hendak dikawininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang  dimaksud dalam hijrahnya itu.”
(Muttafaq (disepakati) atas keshahihannya Hadis ini)
Diriwayatkan oleh dua orang imam ahli Hadis yaitu Abu Abdillah Muhammad  bin Ismail bin Ibrahim bin Almughirah bin Bardizbah Alju’fi Albukhari, –  lazim disingkat dengan Bukhari saja -dan Abulhusain Muslim bin Alhajjaj  bin Muslim Alqusyairi Annaisaburi, -
lazim disingkat dengan Muslim saja – radhiallahu ‘anhuma dalam kedua kitab masingmasing
yang keduanya itu adalah seshahih-shahihnya kitab Hadis yang dikarangkan.
Keterangan:
Hadis di atas adalah berhubungan erat dengan persoalan niat. Rasulullah s.a.w.
menyabdakannya itu ialah kerana di antara para sahabat Nabi s.a.w. sewaktu mengikuti
untuk berhijrah dari Makkah ke Madinah, semata-mata sebab terpikat oleh seorang wanita
yakni Ummu Qais. Beliau s.a.w. mengetahui maksud orang itu, lalu bersabda sebagaimana di
atas.
Oleh kerana orang itu memperlihatkan sesuatu yang bertentangan dengan  maksud yang terkandung dalam hatinya, meskipun sedemikian itu boleh  saja, tetapi sebenarnya tidak patut sekali sebab saat itu sedang dalam  suasana yang amat genting dan rumit, maka ditegurlah secara  terang-terangan oleh Rasulullah s.a.w.
Bayangkanlah, betapa anehnya orang yang berhijrah dengan tujuan memburu  wanita yang ingin dikawin, sedang sahabat beliau s.a.w. yang lain-lain  dengan tujuan menghindarkan diri dari amarah kaum kafir dan musyrik yang  masih tetap berkuasa di Makkah, hanya untuk kepentingan penyebaran  agama dan keluhuran Kalimatullah.
Bukankah tingkah-laku manusia sedemikian itu tidak patut sama-sekali.
Jadi oleh sebab niatnya sudah keliru, maka pahala hijrahnyapun kosong.  Lain sekali dengan sahabat-sahabat beliau s.a.w. yang dengan keikhlasan  hati bersusah payah menempuh jarak yang demikian jauhnya untuk  menyelamatkan keyakinan kalbunya, pahalanyapun besar sekali kerana  hijrahnya memang dimaksudkan untuk mengharapkan
3 Saidina Umar bin Khaththab r.a. itu adalah seorang khalifah dari  golongan Rasyidin yang pertama kali menggunakan sebutan Amirul mu’minin  pemimpin sekalian kaum mu’minin. Beliau adalah khalifah kedua  sepeninggal Rasulullah s.a.w. Panggilan Amirul mu’minin itu lalu  dicontoh dan diteruskan oleh khalifah Usman dan Ali radhiallahu ‘anhuma,  juga oleh para khalifah Bani Umayyah, Bani Abbas dan selanjutnya. Jadi  di zaman khalifah Abu Bakar sebutan di atas belum digunakan. Adapun Abu  Hafs itu adalah gelar kehormatan bagi Sayidina Umar r.a. Abu artinya  bapak, sedang hafs artinya singa. Beliau r.a. memperoleh gelar Bapak  Singa, sebab memang terkenal berani dalam segala hal, seperti dalam  menghadapi musuh di medan perang, dalam menegakkan keadilan di antara  seluruh rakyatnya dan tanpa pandang bulu dalam meneterapkan hukuman  kepada siapapun. Ringkasnya yang salah pasti ditindak dengan keras,  sedang yang teraniaya dibela dan dilindungi.
Riyadhus Shalihin – Taman Orang-orang Shalih
9
keridhaan Allah dan RasulNya. Sekalipun datangnya Hadis itu mula-mula  tertuju pada manusia yang salah niatnya ketika ia mengikuti hijrah,  tetapi sifatnya adalah umum. Para imam mujtahidin berpendapat bahwa  sesuatu amal itu dapat sah dan diterima serta dapat dianggap sempurna  apabila disertai niat. Niat itu ialah sengaja yang disembunyikan dalam  hati, ialah seperti ketika mengambil air sembahyang atau wudhu’, mandi  shalat dan lain-lain sebagainya.
Perlu pula kita maklumi bahwa barangsiapa berniat mengerjakan suatu  amalan yang bersangkutan dengan ketaatan kepada Allah ia mendapatkan  pahala. Demikian pula jikalau seseorang itu berniat hendak melakukan  sesuatu yang baik, tetapi tidak jadi dilakukan, maka dalam hal ini orang  itupun tetap juga menerima pahala. Ini berdasarkan Hadis yang berbunyi:
“Niat seseorang itu lebih baik daripada amalannya.”
Maksudnya: Berniatkan sesuatu yang tidak jadi dilakukan sebab adanya  halangan yang tidak dapat dihindarkan itu adalah lebih baik daripada  sesuatu kelakuan yang benar-benar dilaksanakan, tetapi tanpa disertai  niat apa-apa.
Hanya saja dalam menetapkan wajibnya niat atau tidaknya,agar amalan itu  menjadi sah, maka ada perselisihan pendapat para imam mujtahidin.  Imam-imam Syafi’i,Maliki dan Hanbali mewaibkan niat itu dalam segala  amalan, baik yang berupa wasilah yakni perantaraan seperti wudhu’,  tayammum dan mandi wajib, atau dalam amalan yang berupa maqshad (tujuan)  seperti shalat, puasa, zakat, haji dan umrah. Tetapi imam Hanafi hanya  mewajibkan adanya niat itu dalam amalan yang berupa maqshad atau tujuan  saja sedang dalam amalan yang berupa wasilah atau perantaraan tidak   diwajibkan dan sudah dianggap sah.
Adapun dalam amalan yang berdiri sendiri, maka semua imam mujtahidin  sependapat tidak perlunya niat itu, misalnya  dalam membaca al-Quran,  menghilangkan najis dan lain-lain.
Selanjutnya dalam amalan yang hukumnya mubah atau jawaz (yakni yang  boleh dilakukan dan boleh pula tidak), seperti makan-minum, maka jika  disertai niat agar kuat beribadat serta bertaqwa kepada Allah atau agar  kuat bekerja untuk bekal dalam melakukan ibadat bagi dirinya sendiri dan  keluarganya, tentulah amalan tersebut mendapat pahala,
sedangkan kalau tidak disertai niat apa-apa, misalnya hanya supaya kenyang saja, maka kosonglah pahalanya.